Monday, 16 July 2012

Ramadhan semakin hampir..Mari kita muhasabah diri...

Assalamualaikum semua.. salam menyambut ramadhan..sedar tak sedar dah nak puasa da..kannn..dah sedia ke blom? nak masuk ke bulan yang penuh dengan keberkatan ni?hehe..

kali ni bukannya saya nak bersyarah agama tetiba kat sini tapi bila tibanya ramadhan kita semua nak berlumba-lumba buat amal nak bersedekah bagai..saya pun nak beramal dan bersedekah tapi tak mampulah nak sedekah setiap harikan..so dengan sukacitanya, saya nak bagi harga murah-murah, kasi diskaun pada sesiapa yang nak tempah makanan dengan saya untuk bagi muslimin & muslimat berbuka puasa juga bersahur..memang harga yang akan saya beri orang kata gila la, ada untung ke niaga..lantak la..bisnes aku..jujur memang ada untung tapi tipis sangat,khas penat lelah saya masak..TAPI..saya harap lebihan untung yang telah saya diskaunkan itu menjadi sedekah ikhlas saya dan akan menjadi rezeki pada saya kelak...

Pada uols yang nak bersedekah dan memberi makan buka puasa atau sahur, sila lah tempah dengan saya..sama-sama la kita buat amal..ye..

Pada yang tak tahu nak sedekah dimana, saya boleh tolong hantarkan ke masjid-masjid di sekitar Puchong ni..Banyak masjid nih..dan saya akan akad kan sedekah ini dengan nama anda yang tempah la..no worry saya akan amik gambar bukti penyerahan makanan ke masjid beserta borang sedekah atas nama anda kepada pihak masjid.. atau jika anda nak hantar sendiri pon boleh..

Kepada yang nak buat makan dirumah..berbuka puasa dirumah..juga boleh tempah sekiranya anda nak jenis hidang/buffet..nanti kita bincang..apa-apa call saya..

sebelum saya berundur ni, ni nak share sikit beberapa artikel/ulasan/hadis/apa-apa la yang tetiba saya terjumpa tentang sedekah di bulan ramadhan ni yang menyentuh hati saya sehingga terfikir nak join anda semua sama-sama bersedekah..sekian.. 


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
 
Riwayat at- Tirmidzi
 
Huraian
Pengajaran Hadis:
i) Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.
ii) Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.
iii) Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.
iv) Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.


يا أيها الناس قد أظلكم شهر عظيم ، شهر فيه ليلة خير من ألف شهر ، جعل الله صيامه فريضة ، و قيام ليله تطوعا ، و من تقرب فيه بخصلة من الخير كان كمن أدى فريضة فيما سواه ، و من أدى فريضة كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه ، و هو شهر الصبر و الصبر ثوابه الجنة ، و شهر المواساة ، و شهر يزاد فيه رزق المؤمن ، و من فطر فيه صائما كان مغفرة لذنوبه ، و عتق رقبته من النار ، و كان له مثل أجره من غير أن ينتقص من أجره شيء قالوا : يا رسول الله ليس كلنا يجد ما يفطر الصائم ، قال : يعطي الله هذا الثواب من فطر صائما على مذقة لبن ، أو تمرة ، أو شربة من ماء ، و من أشبع صائما سقاه الله من الحوض شربة لايظمأ حتى يدخل الجنة ، و هو شهر أوله رحمة و وسطه مغفرة و آخره عتق من النار ،
“Wahai manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung dan penuh berkah. Di dalamnya terdapat satu malam yang nilai (ibadah) di dalamnya lebih baik dari 1000 bulan. Allah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai sebuah kewajiban, dan menghidupkan malamnya sebagai perbuatan sunnah (tathawwu’). Barangsiapa (pada bulan itu) mendekatkan diri (kepada Allah) dengan satu kebaikan, ia seolah-olah mengerjakan satu ibadah wajib pada bulan yang lain. Barangsiapa yang mengerjakan satu perbuatan wajib, ia seolah-olah mengerjakan 70 kebaikan di bulan yang lain. Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan kesabaran itu balasannya surga. Ia (juga) bulan tolong-menolong, di mana di dalamnya rezki seorang Mukmin bertambah (ditambah). Barangsiapa (pada bulan itu) memberikan buka  kepada seorang yang berpuasa, maka itu menjadi maghfirah (pengampunan) atas dosa-dosanya, penyelamatnya dari api neraka dan ia memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa (itu) sedikitpun.” Kemudian para Sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, tidak semua dari kita memiliki makanan untuk diberikan sebagai buka orang yang berpuasa.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata, “Allah memberikan pahala tersebut kepada orang yang memberikan buka dari sebutir kurma, atau satu teguk air atau susu. Ramadhan adalah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya maghfirah (ampunan) dan akhirnya pembebasan dari api neraka.”
Hadits ini diriwayatkan oleh Al Baihaqi, Al Hakim, Ibnu Khuzaimah (no. 1887) dan Al Ash-habani dalam At Targhib (178). Hadits ini didhaifkan oleh para pakar hadits seperti Al Mundziri dalam Targhib Wat Tarhib (2/115), juga oleh Dhiya Al Maqdisi di Sunan Al Hakim (3/400), bahkan dikatakan oleh Al Albani hadits ini Munkar, dalam Silsilah Adh Dhaifah (871).
 http://muslim.or.id/ramadhan/dahsyatnya-sedekah-di-bulan-ramadhan.html


6. Memberi makan kepada orang yang berpuasa
Dianjurkan kepada orang-orang yang sedang berpuasa untuk memberikan ifthor kepada saudara-saudaranya yang juga sedang berpuasa. Ibadah puasa menjadi salah satu sarana untuk merekatkan jalinan persaudaraan diantara sesame umat Islam. Karena diantara hikmahnya adalah untuk ber empati terhadap kondisi yang sedang dihadapi oleh umat Islam, baik satu daerah ataupun berbeda wilayah.
Pada realitanya tidak semua umat Islam berada dalam keadaan yang senang dengan fasilitas hidup. Masih banyak umat Islam yang berada dalam kesusahan dan terdzalimi. Pada bulan Ramadhan inilah saatnya kita menunjukan solidaritas terhadap mereka, saudara kita.

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

“Barangsiapa yang memberikan ifthor kepada orang yang berpuasa maka pahalanya seperti orang yang berpuasa, tanpa mengurangi pahala orang tersebut.”[14]
 http://www.isdaryanto.com/amalan-sunnah-di-bulan-ramadhan





















No comments:

Post a Comment